Tuesday, July 10, 2012

Haihh..

Pagi ni, terbangun awal sangat. Pastu, tiba-tiba rasa sentap. Rasa sedih yang amat sangat. :'( Kepala berpinar. Hidung tersumbat. Tekak berpasir. Suara tersekat. Mata bergenang. Hanya ada satu nama je yang berlegar-legar. Tangan dok capai fon zaman jepun yang tgh tggu masa je nak masuk tong sampah. Dalam hati nak sangat call org yang tersayang. Name on the screen. Sikit je lagi. Namun, tangan tu tak mampu nak teruskan tekan. Semacam ada satu kuasa yang menghalang. Haihh. -_-

Then, aku terasa lapar. Perasaan sedih bertandang kembali. Kini, dah xd sapa nak ajak aku brekpes o diajak brekpes. Kalau dulu, siap ada org bebel2 suruh bangun, pastu bebel2 lapar, pastu bebel2 lagi. Tho u bebel much, do u realize that all those things laa yang buat aku makin sayang n rindu kat kau?? Laa ni, sekor pon xd nak buat ajak borak. Bukan setakat borak, nak bertentang mata pun xd. Home alone. Sadis much. :'(

Cerita ku kini, bukan seperti dulu lagi. Kini, ku hanya sendiri. Tiada lagi tawamu, tiada lagi bebelan manjamu, tiada lagi marahmu, tiada lagi tangismu. Yang tinggal, hanyalah seribu kasih, sejuta memori.

Friday, July 6, 2012

Hati Yang Jahat

Pertemuan dengan Syahir pagi tadi telah menyingkap suatu rahsia dalam diri ini. Siapa sangka diri manusia yang terlalu complicated ni, sebenarnya sangat mudah untuk ditafsir, sangat mudah untuk dibaca. Siapa sangka. Aku pun tidak sedar akan hakikat itu. Namun tidak semua orang mampu untuk mentafsir dan membaca. Hanya mereka-mereka yang cukup faham dan cukup teliti.

Aku rasa aku sangat laa jahat. Hati aku jahat. Aku rasa sangat sedih. Entah kenapa aku boleh jadi camni. Tapi Syahir kata tu bukan jahat. Itu ialah lumrah manusia. Haihh. –_- Complicated tau. –_- Aku tak suka macam ni. Mungkin, sehingga kini, aku mampu untuk melawan hasutan hawa nafsu yang membara. Tapi sampai bila aku mampu bertahan. Aku juga manusia biasa. Lama-lama, aku takut aku akan rebah mencium bumi jua. Mungkin bila tiba saat itu nanti, aku hanya mampu untuk membenci diri sendiri.

Sebenarnya, cukup susah untuk kita melawan kehendak sendiri. Cukup sakit, cukup pedih, cukup pahit. Semakin lama, semakin besar, semakin bergelora, semakin meronta jiwa raga. Tapi mujurlah kekuatan kasih sayang yang melimpah ruah ke ladang gandum mampu menangkis kejahatan hawa nafsu yang bergelojak di dada, memadam api dengki dan iri hati.

Ya Allah, Kau kekalkanlah kasih sayang itu di dalam jiwa hambaMu ini Ya Allah. Agar hambaMu ini sentiasa berada di jalan yang diredaiMu.

Together To Jannah~