Monday, September 3, 2012

Azan Yang Berkumandang

Settling down for the day. Tiba2 terdetik di hati ini, "Bila nak azan ni??" Terlupa bahawa diri ini terlalu asing di bumi ini. Begitu juga yang terjadi kepada agama yang kubawa ini. Kesyahduan menyentap tangkai jiwa. Kuluahkan perasaan itu ke alam maya. Ada yg menyambut. Ramai juga yg terasa perkara yg sama. Kesayuan makin galak menggayut di hati. Hafifi sarankan aku untuk mendengar laungan azan from lappy. Yess. I know tht nowadays we have technology. Bt hearing azan recital from a machine is nothing. I want something more real, more solid.

Tanpa walau sesaat pun kuberlengah lagi, kepada Hafifi kupanjatkan hajat untuk mendengar laungan azan. He called me straight away. Sitting straight, with both my earphones on, i heard him getting prepared. Then he asked, "Nak masuk Isyak dah kan??" I said, "Lebih kurang laa." And then, POOF!! Tanpa kusedari, air mataku mengalir, mendengar ayat suci, seruan takbir... 

Selesai Hafifi melaungkan azan yang begitu syahdu, aku tidak mampu bersuara. Puas Hafifi menyeru dan memanggil namaku. Aku hanya mampu tersedu-sedu. Setelah kuberjaya mengumpulkan segala kekuatan yang ada, panggilan Hafifi kusambut. Lantas kuputuskan talian. Sungguh terkesan laungan azan yang berkumandang. 

Terima kasih Ya Allah kerana kumasih diberi peluang untuk mendengar seruan azanMu. Walaupun sekadar melalui talian, sudah cukup untuk mengubat rasa pilu dihati ini. :') Terima kasih juga Ya Allah kerana telah menghantar seorang teman bagi merealisasikan impian dan harapan yang tiba2 hadir di kala ku kesunyian. Untuk itu, aku terlalu menyayanginya Ya Allah. Kesudiannya menyambut permintaanku tanpa ragu2 membuatku sangat terharu Ya Allah. Apatah lagi perbuatannya itu mendekatkanku kepadaMu. Peliharalah dia buatku. Agar nanti suatu saat, dapat kubertemu dengannya. Mungkin juga suatu saat, kami akan melangkah ke sana dan bertemu di hadapanMu.

Pelihara dia. Satu pintaku.

No comments:

Post a Comment